Friday 10 May 2013

Stok sudah dihantar ke Kedai Buku 1 Malaysia


Kini buku-buku keluaran Aurora Creative boleh juga dibeli terus di Kedai Buku 1 Malaysia.

Stok untuk semua jenis buku sudah ada.
Anda boleh membeli secara ONLINE dengan membuat tempahan terus ke
emel:  auroracreative67@gmail.com

Penghantaran buku menggunakan perkhidmatan Pos Laju.


Sunday 5 May 2013

Stok SEPATU QUEEN sudah ada!


Stok novel SEPATU QUEEN sudah ada dan penghantaran pertama sudah pun dilakukan.
Tempahan boleh dibuat ke e-mel:  auroracreative67@gmail.com
Pembayaran boleh dibuat ke akaun:
 Aurora Creative (MAYBANK)
 5541 3800 3530

Harga: RM 20 (Semenanjung)/ RM 23 (Sabah/Sarawak)

Kos penghantaran tidak ada.

Monday 1 April 2013

Novel Chicklit : SEPATU QUEEN


Penulis : MARIA QAY
Terbitan : ACE
ISBN: 978-967-10077-4-7

Harga: RM 20.00 (semenanjung)/ RM 23.00 (Sabah/Sarawak)

SINOPSIS:

Sebuah novel CHICKLIT -santai-humor-jujur. Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Erfina. Erfina bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai RM 5. Dia seorang gadis yang lurus dan kuat bekerja. Tetapi di sebalik itu semua, Fina mempunyai satu kegilaan; iaitu membeli kasut!

Pada satu hari, kasut idamannya yang dipanggil PC200 diberikan potongan harga oleh butik kasut MISS BOBO. Fina jadi tidak keruan dan mahu membeli juga kasut idamannya. Demi mencukupkan  wang, dia melakukan apa sahaja pekerjaan tambahan.

Semenjak itulah kehidupan Fina berubah. Dia berdepan dengan lebih banyak masalah termasuklah jatuh hati kepada seorang tuan punya sebuah pasaraya bernama Ray.

Apakah kesudahan kisah Fina? Berjayakah dia membeli kasut idamannya? Bagaimanakah perhubungannya dengan Ray -si buaya Platinum? Sama-sama kita ikuti kisah yang santai ini nanti.

Status STOK: Sedang dicetak.
Cara pembelian : Pesanan dan tempahan boleh dibuat terus kepada e-mel :  auroracreative67@gmail.com
Penghantaran PERCUMA

Novel Dewasa : SETEGUH ILALANG


Penulis : MARIA KAJIWA
ISBN: 978-967-10077-3-0
Harga: RM 26.00 (Semenanjung)/ RM 29.00 (Sabah/sarawak)

SINOPSIS:

SETEGUH ILALANG merupakan sebuah novel dewasa bergenre MISTERI-KEKELUARGAAN. ia mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Aidil Borhan yang pulang ke Malaysia setelah kematian datuknya. Genap 3 bulan, dia diserahkan sepucuk surat yang meminta dia mencari bapa saudara yang telah menghilangkan diri sebelum dia lahir ke dunia lagi. Barulah dia tahu bahawa selama ini, datuknya mempunyai seorang anak lagi selain arwah ayahnya.

Untuk memudahkan usahanya, Aidil Borhan mengupah seorang penyiasat persendirian bernama Adam. Adam yang sedang terdesak dengan  kesempitan hidup menerima tugas itu dengan rasa syukur. Pencarian membawa mereka berdua ke serata negeri.

Dalam pada masa yang sama, Aidil Borhan berkenalan dengan seorang gadis pemarah bernama Hanisa. Hanisa sebenarnya cuba melarikan diri dari masa silamnya yang pahit. Kehadiran Aidil Borhan membuatnya berdepan dengan tekanan perasaan.

Apakah Aidil Borhan dan Adam berjaya dalam pencarian yang begitu rumit? Siapakah Hanisa yang sebenar dan kenapa dia cuba melupakan keluarganya? Semuanya terjawab dalam sebuah novel setebal 700+ ini.

~Kitakan tahu betapa bijaknya hidup yang diaturkan-Nya ~

Pesanan:  auroracreative67@gmail.com

Status STOK: ADA 

Antologi Cerpen: TENTANG CINTA


Penulis: 
 Maria Kajiwa, Farah Husain, Zuliana Abuas, Ilmar Imia, Elzara Hariri, Packy Sidique,
Ratu Bulan, Nash Azly,Rizai Reeani

ISBN: 978-967-10077-1-6

Harga: RM 18.00 (Semenanjung)/ RM 20.00 (Sabah/Sarawak)

SINOPSIS:

Sebuah buku Antologi Cerpen yang menggabungkan 9 orang novelis dan cerpenis tanah air dalam 19 buah cerpen yang bertemakan CINTA. Ada pelbagai gaya, cerita, dan isu yang diketengahkan dalam buku ini.

Antara cerpen-cerpen yang terdapat dalam buku ini antaranya ialah:

1. Ombak, pulanglah ke Byron Bay - Maria Kajiwa
2.Tiada Untuknya -Farah Husain
3. Sihir Cinta -Zuliana Abuas
4. Hari Bersamanya -Ilmar Imia
5. Antara Cinta dan Dendam : Nash Azly
6. Kalau sudah jodoh -Packy Sidique
7. Mistik Cinta Zara : Ratu Bulan
8. Rasa Hati -Elzara Hariri
9. Cinta, sapalah hatinya -Rizai Reeani


STATUS stok: ADA



Novel Awal Remaja: STRAWBERI COKLAT UNTUK ELLA


Penulis: FIRD SAMZ

ISBN: 987-967-10077-2-3
Harga: RM 18.00 (semenanjung)/ RM 20.00 (Sabah/Sarawak)

SINOPSIS:

Buku ini merupakan novel awal remaja. Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Ella. Ella berusia 15 tahun, dia sudah kematian ibu dan ayahnya telah berkahwin lain. Ibu tirinya sangat baik namun Ella masih sukar menerima kehadiran ibu tirinya. Kakak tirinya pula sangat mencemburui Ella.

Di sekolah, Ella menghadapi masalah dalam mata pelajaran Matematik. Dia sentiasa mendapat markah terendah dan itu membuatnya susah hati. Dia dan sahabat baiknya Intan, cuba mendapatkan bantuan kawan-kawan sekelas tetapi tidak ada yang mahu membantunya. Akhirnya dia meminta bantuan seorang pelajar lelaki yang dipanggil Fizzy. Fizzy seorang pelajar yang pintar Matematik tetapi selalu dipulaukan kawan-kawan kerana dia berperwatakan lembut.

Persahabatan Ella, Fizzy dan Intan semakin rapat dan pelajaran Ella meningkat. Sayangnya persahabatan mereka terhalang oleh ayahnya yang bimbang Ella terpengaruh dengan sikap Fizzy.

*****
"Nourella, sampai bila awak nak pegang takhta pelajar tercorot dalam kelas saya? - Cikgu Lim

"Fizzy, boleh tak kau ajarkan aku Matematik?" -Ella

"Aku suka ajar kau. Ilmu makin diajar makin bertambah."- Fizzy

"Abah tak suka Ella berkawan dengan budak tu. Lembik semacam." -Abah Ella

Oleh itu Ella dalam dilema. Mahu turut kata ayah atau kata hati? Bagaimana dengan cabaran Izham- siapa yang dapat markah lebih rendah akan didenda cuci kasut sebulan? Siapa yang basuh kasut siapa?

Cerita sepenuhnya di dalam : STRAWBERI COKLAT UNTUK ELLA

Status buku:   Buku sedang diulangcetak buat masa ini. 

Buku: TULIS NOVEL



Harga : RM 36.00 (Semenanjung)/ RM 39.00 (Sabah/sarawak)

ISBN: 978-967-10077-0-9

SINOPSIS BUKU:

Buku TULIS NOVEL -anda pun boleh , merupakan sebuah buku bantu diri yang dapat membantu bakal penulis novel, penulis novel, editor mahupun sesiapa yang berminat untuk mempelajari dan mengetahui aspek-aspel teknikal berkenaan penghasilan sesebuah manuskrip novel.

Dalam buku ini terkandung 3 bahagian utama iaitu:

1. Bahagian 1 : Proses penghasilan manuskrip

2. Bahagian 2 : Terma-terma penulisan novel

3. Bahagian 3 : Motivasi untuk menghasilkan manuskrip novel.

Setiap bahagian pula dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil untuk memudahkan pemahaman. Juga diterangkan mengenai GENRE novel yang terdapat di pasaran.

Sebarang pesanan boleh dibuat kepada:   auroracreative67@gmail.com

Satus Stok : ADA