Thursday 15 January 2015

Novel terbaharu: JANJI JULIA


Terbitan: Aurora Creative
Genre: SF Action-Thriller
ISBN:  978-967-10077-6-1
Harga: RM 24.00 (Semenanjung)/ RM 27.00 (Sabah/Sarawak)

BLURB di belakang novel:
Dalam keadaan darurat dan negara kucar-kacir, Julia telah berjanji untuk menghantar kawan baiknya Mimi balik ke pangkuan keluarga. Namun apa yang menanti mereka di pertengahan jalan adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan oleh mereka berdua. Dihimpit kelaparan dan ketakutan, mereka melarikan diri ke dalam hutan. Namun, itu juga bukan satu keputusan yang tepat.

Mimi terjerit nyaring apabila mendengar tembakan itu. Walaupun kedudukannya membelakangkan pondok, bunyi tembakan itu cukup menggerunkan.
“Ju...” tangisnya sambil terketar-ketar. Dia melingas-lingas mencari Julia.
Julia terpempan. Bunyi tembakan itu mengimbau semula ingatannya kepada bunyi tembakan dan letupan di lebuh raya beberapa hari yang lalu. Dia terasa seolah-olah kembali ke saat itu. Apakah itu penghujungnya perjalanan mereka berdua?
“Mimi, kalau terjadi apa-apa kat aku, jaga diri baik-baik. Bertahanlah. Ingat, kau mesti balik ke Ipoh,” pesannya apabila lelaki itu tetap menghala ke arahnya. Dia pasrah kalau ajalnya sudah tiba.

            Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah mereka berdua mempertahankan bukan sahaja iman di dada dan nyawa tetapi juga maruah dan kesetiaan?
“Ini kawasan aku. Tak ada orang lain yang boleh masuk dan keluar sewenang-wenangnya. Aku akan pacak kepala mereka di pinggir sungai ini. Biar orang lain tahu, ini kawasan Kahar!” ~ Kahar
           
Lari dan terus lari… mereka mengejar! Atau berhenti… dan melawan!

Pesanan boleh dibuat melalui emel: aurorapublication@gmail.com 

Monday 21 April 2014

Stok novel Rahsia Gadis VIP sudah ada.



Buat masa ini novel rahsia gadis VIP hanya boleh dibeli secara online melalui kami atau penulisnya
sendiri. Sedikit masa lagi buku ini akan masuk ke pasaran terbuka dan akan boleh ditemui di kedai-kedai buku.

Untuk pesanan: auroracreative67@gmail.com. Ada diskaun RM 2.00 dan penghantaran menggunakan Pos Laju adalah percuma.

Harga: RM 28.00 Semenanjung/ RM 30.00 Sabah/Sarawak.

Friday 4 April 2014

Novel terbaharu ACE: Rahsia Gadis VIP


Tajuk: Rahsia Gadis VIP
Terbitan: Aurora CE April 2014
Halaman : 718 muka surat
Penulis: Maria Kajiwa
Harga:  
RM 26.00 Semenanjung/ RM 28.00 Sabah dan sarawak.


Sinopsis:
Novel ini merupakan sebuah novel Soft-Mystery (Whodunnit) w/o police procedural element.
Ia mengisahkan tentang tiga orang gadis iaitu Linda, Shereen dan Jazz yang terpaksa menyelesaikan satu kes jenayah. Masalahnya mereka bertiga bukan calang-calang orang.
Linda, seorang ahli perniagaan dan pemilik industri kosmetik yang berjaya dan terkenal. Shereen ahli akademik dan anak seorang bekas menteri. Jazz pula seorang award winning singer yang popular. Tetapi di sebalik kejayaan mereka bertiga, ada rahsia yang disembunyikan.
Mereka bertiga pernah menjadi penghuni Raphael’s Cottage, sebuah rumah pemulihan akhlak ekslusif untuk anak-anak VIP.
Apabila satu rahsia silam terbongkar, mereka bertiga menjadi suspek utama dan perlu menyelesaikannya sebelum kisah lama dibongkar kepada umum.
“Wartawan pasti berminat dengan kisah lama kau orang, kan?” Sofia Raphael.
“Walaupun Lin dulu jahat tapi Lin tak buat perkara tu. Lin tak pernah mengandung, percayalah.” Linda
“Kalau wartawan tahu kisah lama aku tu, karier aku hancur. Hancur!” Jazz
“Kalau musuh abah aku tahu perkara ni, yang kena bunuhnya aku.” Shereen
Cuma seorang sahaja yang selalu percaya ada kisah lain di sebalik semua ini iaitu, Iwan.
“Tuhan sendiri mencintai hamba-hamba-Nya yang bertaubat, layakkah aku untuk menghina engkau?” Iwan.
Apakah rahsia yang ditakuti itu? Siapakah dalangnya?
~Adakah Tuhan akan mengampunkan saya, umi?~

Anda boleh membaca 15 bab pertama novel ini di: http:// kesahcinta.blogspot.com

Pesanan sudah dibuka sekarang. Stok akan tiba dalam masa 2 minggu. 

Semua pesanan boleh dibuat ke emel:

auroracreative67@gmail.com


Tidak ada kos pos dikenakan. penghantaran adalah secara pos laju.

Friday 10 May 2013

Stok sudah dihantar ke Kedai Buku 1 Malaysia


Kini buku-buku keluaran Aurora Creative boleh juga dibeli terus di Kedai Buku 1 Malaysia.

Stok untuk semua jenis buku sudah ada.
Anda boleh membeli secara ONLINE dengan membuat tempahan terus ke
emel:  auroracreative67@gmail.com

Penghantaran buku menggunakan perkhidmatan Pos Laju.


Sunday 5 May 2013

Stok SEPATU QUEEN sudah ada!


Stok novel SEPATU QUEEN sudah ada dan penghantaran pertama sudah pun dilakukan.
Tempahan boleh dibuat ke e-mel:  auroracreative67@gmail.com
Pembayaran boleh dibuat ke akaun:
 Aurora Creative (MAYBANK)
 5541 3800 3530

Harga: RM 20 (Semenanjung)/ RM 23 (Sabah/Sarawak)

Kos penghantaran tidak ada.

Monday 1 April 2013

Novel Chicklit : SEPATU QUEEN


Penulis : MARIA QAY
Terbitan : ACE
ISBN: 978-967-10077-4-7

Harga: RM 20.00 (semenanjung)/ RM 23.00 (Sabah/Sarawak)

SINOPSIS:

Sebuah novel CHICKLIT -santai-humor-jujur. Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Erfina. Erfina bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai RM 5. Dia seorang gadis yang lurus dan kuat bekerja. Tetapi di sebalik itu semua, Fina mempunyai satu kegilaan; iaitu membeli kasut!

Pada satu hari, kasut idamannya yang dipanggil PC200 diberikan potongan harga oleh butik kasut MISS BOBO. Fina jadi tidak keruan dan mahu membeli juga kasut idamannya. Demi mencukupkan  wang, dia melakukan apa sahaja pekerjaan tambahan.

Semenjak itulah kehidupan Fina berubah. Dia berdepan dengan lebih banyak masalah termasuklah jatuh hati kepada seorang tuan punya sebuah pasaraya bernama Ray.

Apakah kesudahan kisah Fina? Berjayakah dia membeli kasut idamannya? Bagaimanakah perhubungannya dengan Ray -si buaya Platinum? Sama-sama kita ikuti kisah yang santai ini nanti.

Status STOK: Sedang dicetak.
Cara pembelian : Pesanan dan tempahan boleh dibuat terus kepada e-mel :  auroracreative67@gmail.com
Penghantaran PERCUMA

Novel Dewasa : SETEGUH ILALANG


Penulis : MARIA KAJIWA
ISBN: 978-967-10077-3-0
Harga: RM 26.00 (Semenanjung)/ RM 29.00 (Sabah/sarawak)

SINOPSIS:

SETEGUH ILALANG merupakan sebuah novel dewasa bergenre MISTERI-KEKELUARGAAN. ia mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Aidil Borhan yang pulang ke Malaysia setelah kematian datuknya. Genap 3 bulan, dia diserahkan sepucuk surat yang meminta dia mencari bapa saudara yang telah menghilangkan diri sebelum dia lahir ke dunia lagi. Barulah dia tahu bahawa selama ini, datuknya mempunyai seorang anak lagi selain arwah ayahnya.

Untuk memudahkan usahanya, Aidil Borhan mengupah seorang penyiasat persendirian bernama Adam. Adam yang sedang terdesak dengan  kesempitan hidup menerima tugas itu dengan rasa syukur. Pencarian membawa mereka berdua ke serata negeri.

Dalam pada masa yang sama, Aidil Borhan berkenalan dengan seorang gadis pemarah bernama Hanisa. Hanisa sebenarnya cuba melarikan diri dari masa silamnya yang pahit. Kehadiran Aidil Borhan membuatnya berdepan dengan tekanan perasaan.

Apakah Aidil Borhan dan Adam berjaya dalam pencarian yang begitu rumit? Siapakah Hanisa yang sebenar dan kenapa dia cuba melupakan keluarganya? Semuanya terjawab dalam sebuah novel setebal 700+ ini.

~Kitakan tahu betapa bijaknya hidup yang diaturkan-Nya ~

Pesanan:  auroracreative67@gmail.com

Status STOK: ADA